VH Green Nature Park lancar Program Pengumpulan Dana COVID-19 untuk haiwan

Fundraising| 21 Jun 2020

VH Green Nature Park lancar Program Pengumpulan Dana COVID-19 untuk haiwan

Utusan Borneo (Sabah) | 21 Jun 2020

KUCHING: VH Green Nature Park, Jalan Matang baru-baru ini melancarkan Program Pengumpulan Dana COVID-19 untuk membantu menjaga kesihatan dan keselesaan haiwan di taman tersebut dengan baik.

Ketua Pegawai Operasi VH Green Nature Park Albert Kho berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pihaknya terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu.

Menurutnya juga, sumber pendapatan utama mereka adalah daripada penjualan tiket dan penyelarasan acara.

“Justeru sejak PKP dilaksanakan, pihak kami kehilangan pendapatan dan bekalan barang keperluan untuk semua haiwan di dalam taman juga semakin berkurangan.

“Taman ini tidak mendapat bantuan kewangan daripada organisasi atau tajaan kerajaan, tetapi hanya bergantung pada pembiayaan sendiri untuk menampung perbelanjaan operasi dan oleh itu, dana sangat terhad,” jelasnya menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.

Menurut Kho juga, Dana Simpanan Darurat Taman terpaksa digunakan untuk menampung penyelenggaraan makanan dan rawatan perubatan haiwan semasa PKP.

“Walaupun dana tersebut dapat menampung bekalan makanan dan pembiayaan perubatan, namun ia hanya cukup untuk menanggung taman ini kurang daripada sebulan dari sekarang.

“Justeru, pihak kami mengalu-alukan sumbangan dan bagi mereka yang ingin menderma atau menaja, mereka boleh mengambil bahagian dalam program ‘COVID-19 Fund-Adoption’ kami,” kata Kho.

Mereka yang ingin menghulurkan derma atau turut serta dalam program boleh mengunjungi Facebook VH Green Nature Park di https://www.facebook.com/ vhgreennatureparkmatangjaya/.

sources: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20200621/281827171021518

VH Green Nature Park COVID-19 Adoption Program more info visit https://www.ticket2u.com.my/event/18836


https://www.ticket2u.com.sg/blog/102/VH Green Nature Park lancar Program Pengumpulan Dana COVID-19 untuk haiwan

More on Fundraising